HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Disember 2016

Bunuh pengasas AmBank, Mahkamah Persekutuan arah bicara semula

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati ke atas bekas penarik kereta, Koong Swee Kwan yang didapati bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, tiga tahun lalu.
 
Panel lima hakim diketuai oleh Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin sebulat suara memerintahkan supaya kes itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan semula di hadapan hakim lain selepas mendapati wujudnya unsur prejudis yang amat ketara terhadap Swee Kwan selaku pihak perayu.
 
Rayuan akhir Swee Kwan terhadap hukuman mati ke atasnya itu dibenarkan selepas mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Hisyam Teh Poh Teik agar anak guamnya dibicarakan semula di hadapan seorang hakim yang lain kerana hakim bicara terdahulu bersikap berat sebelah terhadap perayu.
 
Perayu didapati bersalah membunuh Hussain, 75, dan cubaan membunuh iste­rinya di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No. 4, Lorong Ceylon di ibu negara antara pukul 1.30 petang dan 2 petang, 29 Julai 2013.
 
Keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap Swee Kwan, 46, atas sabitan cuba membunuh isteri pengasas AmBank itu, Cheong Mei Kuen, 50, turut diketepikan.
 
Hakim Zulkifli menetapkan 19 Disember ini sebutan semula kes itu di Mahkamah Tinggi. 
 
 

Tiada ulasan: