HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2016

Dituduh makan dedak punca Tok Him merajuk

ali-rustam 


KUALA LUMPUR – Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh pengikut setianya, Datuk Ibrahim Ali ‘makan dedak’ sebelum ini menyebabkan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu kecil hati menurut Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Ali Rustam.

Akibat dari tuduhan tersebut, Ibrahim yang juga lebih mesra dengan panggilan Tok Him itu menolak pelawaan Mahathir untuk menyertai parti serpihan Umno itu walaupun ditawarkan jawatan tinggi dalam PPBM.

“Ibrahim Ali saya tengok dia kecik hati dengan Tun M sebab tuduh dia terima dedak mungkin itu yang buat dia tersentuh.

“Selalunya dia yang kuat dengan Tun M (dan) itu mungkin penyebab dia keluar (enggan sertai PPBM), kiranya (kenyataan makan) dedak ini dia tak boleh terima,” katanya ketika ditanya pemberita di PWTC hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang juga merupakan Penasihat PPBM sebelum ini berkata malu dengan tindakan Ibrahim yang menolak untuk menyertainya kerana kerjasama dengan DAP.

Mahathir ketika masih bersama parti lamanya, Umno lantang mengkritik Ibrahim Ali termasuk menuduh pemimpin PERKASA itu sebagai pemakan dedak.

Tiada ulasan: