HALAMAN SANTAI

Selasa, 6 Disember 2016

Dr Mahathir, Muhyiddin gagal beri kelebihan kepada pembangkang


 
Oleh Timmy Say
 
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamed and Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dalam blok pembangkang sepatutnya memberikan keuntungan politik yang besar kepada mereka.Persoalannya, mengapa ini tidak berlaku?

Jawapannya mudah. Imej Dr Mahathir dan Muhyiddin dirosakkan dengan teruk oleh pembangkang, terutamanya DAP ketika mereka berada di dalam Umno.

Dr Mahathir dituduh sebagai punca kepada ketidakserataan kaum dan budaya rasuah yang punah di Malaysia.

Ketika Dr Mahathir memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku timbalan beliau, gelaran “Mahafiraun” diMahkotakan kepadanya.

Dr Mahathir juga dituduh sebagai seorang rasis dan pelampau ketika beliau menjadi penyokong utama kepada Perkasa.

Muhyiddin pula diserang teruk pembangkang ketika beliau mengaku beliau adalah “Malay First atau Melayu dulu, Malaysian second”.

Penasihat DAP Lim Kit Siang bertubi-tubi menekan Muhyiddin sehingga persepsi timbul di kalangan pengundi bukan Melayu yang Muhyiddin juga tergolong dalam kumpulan rasis.

Disebabkan serangan pembangkang terutamanya DAP begitu berkesan, kini pembangkang terpaksa menghabiskan masa mencuci dan menggilap semula imej Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk diterima rakyat dan penyokongnya.

Kemasukan Dr Mahathir dan Muhyiddin ke dalam blok pembangkang ketika ini masih membawa nilai defisit.

Begitu juga serangan efektif terhadap DAP dan himpunan Bersih yang dilakukan Dr Mahathir selama ini memaksa beliau menghabiskan masa menjelaskan kepada ahli Umno mengapa beliau kini boleh bersama DAP dan Bersih 2.0.

Pusingan “U” Dr Mahathir yang sebesar ini memudahkan lawannya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengambil kesempatan.

Menggunakan video “skrew Melayu” dan “menggunakan kuda (Ma dalam bunyi bahasa Mandarin untuk membunuh ayam (Ji dalam bunyi bahasa Mandarin)” penceramah kontroversi Superman, Hew Kuan Yew, bekas ahli DAP yang masih mengikuti aktiviti DAP, Najib secara efektifnya mematikan semua hasrat ahli Umno yang ingin bersama Dr Mahathir.

Apapun, terdapat satu pengajaran yang besar di dalam episod ini.

Janganlah ada sesiapa yang beriman dengan budaya “musuh kepada musuh ialah kawan” bersikap keterlaluan menghentam lawan politik kerana silap-silap kalian terpaksa menghabiskan masa mencuci tahi yang disapu di muka masing-masing tatkala musuh bersama kalian mengorak langkah mematikan langkah catur kalian.

Tiada ulasan: