HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Disember 2016

Guan Eng dakwa kehadiran Tun Mahathir adalah 'kejutan'

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kehadiran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad ke Konvensyen DAP adalah 'kejutan' buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 
Guan Eng berkata kejutan itu bukan sahaja untuk Najib tetapi kepada semua pemimpin Pakatan Harapan dan perwakilan DAP yang hadir pada konvensyennya, hari ini.
 
"Ia sebagai elemen kejutanlah. Kehadiran Dr Mahathir ke sini pun.. saya rasa kamu semua terkejut. Najib juga terkejut," ujar Guan Eng.
 
DAP sebelum ini memberitahu pihaknya tidak menjemput Dr Mahathir ke konvensyen mereka sementelah PPBM bukanlah sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
 
DAP menjemput PKR dan AMANAH untuk hadir ke konvensyennya di IDCC, Shah Alam.
 
Meleraikan kekeliruan itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke mengesahkan DAP membuat 'jemputan khas' kepada Dr Mahathir pada saat-saat akhir.
 
Namun, beliau enggan memberitahu berkenaan tarikh jemputan itu dihantar.
 
"Dia (Dr Mahathir) jemputan khas. Sebelum ini memang tidak dijemput. Tapi kita buat juga jemputan khas," katanya.
 
 

Tiada ulasan: