HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Disember 2016

Hide Anis Syafiqah digantung 1 semester, akan terus berjuang


DETIK DAILY





PETALING JAYA: Aktivis siswa, Anis Syafiqah Md Yusof, digantung pengajian 1 semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana pembabitannya dalam himpunan #TangkapMO1 di ibu negara, Ogos lepas.

Sebelum ini, Panel Tatatertib Universiti Malaya (UM) mendapati beliau bersalah kerana mengadakan tunjuk perasaan; merosakkan nama baik universiti dan memudaratkan keselamatan awam kerana menyertai himpunan tersebut.

“Universiti yang telah dikawal oleh pihak berkepentingan melakukan sedemikian untuk terus menakut-nakutkan mahasiswa agar tidak lagi berani menyatakan suara dan pandangan terhadap isu dan masalah negara,” kata Anis ketika dihubungi FMT.

Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa mengesan, menangkap dan mendakwa Malaysian Official 1, yang disebutkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap penggelapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain Anis, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli turut dikenakan hukuman yang sama, manakala Suhail Wan Azahar diberi amaran dan dikenakan denda RM400.

“Saya dan rakan-rakan tidak akan berhenti setakat ini. Perjuangan kami sebagai mahasiswa dan rakyat perlu diteruskan,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Anis akan merayu universiti agar membatalkan pertuduhan.

“Jika tidak mendapat sambutan, kita tidak akan teragak-agak untuk bawa ke mahkamah,” katanya

Tiada ulasan: