HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Disember 2016

Himpunan solidariti untuk Anwar hambar

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tidak seperti kebiasaan seperti tahun-tahun sebelum ini, Himpunan Solidariti untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas kelihatan hambar apabila kurang dari 200 penyokong Ketua Umum PKR itu hadir di Istana Kehakiman, pagi ini.
 
Sehingga jam 9.30 pagi ini, beberapa pemimpin PKR berucap di hadapan penyokong Anwar, mengimbas bagaimana ketua parti itu menjadi mangsa kekejaman kerajaan yang diperintah Umno-Barisan Nasional (BN).
 
 
 
Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan semakan kehakiman Anwar selepas beliau mencabar sabitan kesalahan serta hukuman penjara ke atasnya berikutan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Anwar kini menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.
 
Pada Oktober lalu, lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman setelah mendengar hujah peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
 
 

Tiada ulasan: