HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Disember 2016

Husam mahu rakyat diberitahu indikator keruntuhan ekonomi negara

 ZIKRI ABDULLAH
 
 
Datuk Husam MusaDatuk Husam MusaRakyat perlu diberi informasi jelas akan bahaya tsunami ekonomi yang sedang bergerak melanda negara ini,kata Penasihat Jawatankuasa Road Map Pilihan Raya Amanah ketika berucap pada penangguhan  konvesyen Amanah Nasional petang ini.

"Kalau bencana ribut, tsunami, gempa bumi ada indokatornya, fenomena kejatuhan ekonomi tidak terkecuali,"

Pemerintah katanya sedang bermain dengan kaedah untuk menjerut rakyat untuk menyokong mereka dengan cara penuh penipuan.

"Ketika rakyat kesempitan angkara tangan mereka dengan GST, peningkatan hutan domestik dan asing mereka mengapikan-apikan perpecahan rakyat menggunakan isu-isu rasis," katanya.

Kini katanya indikator seperti kenaikan harga barang, pengangguran, pembuangan kerja dan kejatuhan nilai ringgit akan berkhir dengan malapetaka ekonomi jika kerajaan sekarang terus dibiarkan berkuasa.

Amanah, katanya akan bersama rakan-rakan parti lain yang mahukan perubahan bagi mengambil alih putrajaya dari Barisan Nasional.

"Kita bukan pembangkang sebaliknya kita pejuang bersama rakyat menyelematkan negara yang sedang diruntuhkan mereka," katanya.

Menyentuh parti lamanya Pas, Husam menganggap parti itu telah terjerut dalam perangkap musuh.

"Mereka kini telah berada dalam jerat Umno dan sudah tidak ada jalan keluar melainkan terpaksa berbuat apa saja bagi menyelamtkan Umno yang semakin nazak," katanya.

Di Kelantan katanya, pemimpin mereka telah menjadi pemimpin dewa yang tidak sanggup mencemar duli untuk datang ke kampung Orang Asli untuk mendengar masalah komuniti itu.

"Dari menara dewa mereka mereka melabel dan menghina Orang Asli yang kini tersepit dengan berhadapan himpitan kezaliman akibat aktiviti pembalakan dan ladang hutan tebang habis.

"Ramai termasuk pemimpin dewa tidak tahu pun apa itu tebang habis.

"Cara ini menyebabkan kemusnahan hutan total yang menjadikan Orang Asli yang dulunya bergantung reseki dan bekalan air dari hutan segar hilang segala-galanya," katanya.

Tiada ulasan: