HALAMAN SANTAI

Khamis, 8 Disember 2016

IS boleh mengambil kesempatan isu Rohingya, kata panglima angkatan tentera

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Isu Rohingya jika tidak ditangani dengan baik boleh digunakan oleh Negara Islam (IS) untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tengara, kata Panglima Angkatan Tentera General Zulkifeli Mohd Zin kepada rakan sejawatnya di Myanmar.
 
Dalam pertemuannya dengan pimpinan tertinggi tentera Myanmar awal minggu ini, beliau berkata, Malaysia memandang berat keadaan itu.
 
Beliau menekankan dalam satu kenyataan, negara Asean perlu bekerjasama rapat dalam hal itu. 
 
Lawatan ke Myanmar itu adalah sebahagian jadual lawatan menemui panglima tentera Asean sebelum persaraan beliau.
 
Di Myanmar, beliau bertemu dengan rakan sejawatnya General Kanan Min Aung Hlaing.
 
Semalam, Myanmar memanggil duta Malaysia untuk memprotes kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan menyokong Rohingya di sini Ahad lalu.
 
Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda protes terhadap penindasan yang didakwa dilakukan terhadap penduduk Rohingya beragama Islam di Myanmar.
 
Najib berkata, protes yang dihadiri beribu-ribu orang itu bukan semata-mata di atas dasar agama, tetapi juga rasa kemanusiaan bagi penduduk Rohingya.
 
Selasa lalu, Myanmar juga mengumumkan penghentian sementara penghantaran pekerja ke Malaysia.
 
Sementara itu, bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan yang melawat wilayah Rakhine di Myanmar di atas jemputan Aung San Suu Kyi, pemimpin utama Myanmar, berkata keadaan menimpa masyarakat Rohingya itu bukan pembunuhan beramai-ramai.
 
 

Tiada ulasan: