HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Disember 2016

Jangan bawa DNA parti lama, tegas Khalid

ARIF ATAN
 

Pengarah Komunikasi Amanah  Khalid Samad mengingatkan ahli meninggalkan DNA PasPengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengingatkan ahli meninggalkan DNA Pas


Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengingatkan ahli dan pimpinan parti berusia setahun itu supaya meninggalkan tabiat menyerang rakan dalam parti pembangkang.

"Kamu bantai begitu, ada (dapat) kukuhkan Pakatan Harapan? Kita jangan bawa DNA 'parti lama' (Pas).
"Bantai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), betulkah macam itu? Ini DNA parti lama," tegasnya pada ucapan penangguhan sempena Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Amanah bekerja keras untuk membuktikan keupayaan parti kepada rakan-rakan parti pembangkang.

"Amanah parti yang paling sukar bertapak di Malaysia. (Penubuhan) Semangat 46 - Umno serang, Pas sambut; PKR - Umno serang, Pas sambut tapi Amanah Umno serang, Pas serang!

"Maknanya apa? Kalau nak jadikan Amanah sebagai parti yang kuat dan pilihan yang kita mesti lakukan adalah perkuatkan jati diri, ada kesungguhan bukan menunggu permaidani merah untuk kita," ujarnya lagi.

Terdahulu Perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Amanah tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.

"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.

"Ketua kampung Pas, Adun Pas, ahli majlis Pas, exco-exco Pas, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang Amanah dari menggunakan dewan-dewan.

"Sekiranya Amanah tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," kata Jamzuri yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Selangor.

Tiada ulasan: