HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 Disember 2016

'Kami tak minta jawatan Perdana Menteri'

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI


SHAH ALAM - "Kami tidak pernah minta supaya seorang yang berbangsa Cina menjadi Perdana Menteri tetapi menyokong seorang Melayu seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim," itu merupakan kata-kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika Konvensyen DAP 2016 di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, parti itu juga tidak berhasrat menguasai kerajaan sekiranya mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kami tidak akan menguasai kerajaan sekiranya pembangkang memenangi kuasa tetapi akan menjadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab," katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau turut menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ekstrem liberalisme.

"Menentang penahanan tanpa bicara terutamanya menggunakan undang-undang pengganas terhadap aktivis hak asasi bukanlah liberisme yang melampau.

"Tetapi mencuri duit negara sehingga berbilion-bilion ringgit secara sesuka hati itu adalah liberisme yang melampau," katanya lagi.


Tiada ulasan: