HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Disember 2016

‘Kita takkan bekerjasama sebab DAP, Amanah’

Razman Zakaria
Razman Zakaria


IPOH - "Kita takkan bekerjasama dengan mereka yang berhubungan dengan DAP dan Amanah, " demikian kata, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu bagi menghadapi PRU14.

Menurutnya, mesyuarat di peringkat Pas Pusat berkemungkinan diadakan bagi membincangkan tentang kerjasama politik bersama PKR yang diketahui merupakan komponen dalam Pakatan Harapan pada ketika ini.

Katanya, sebarang kata putus berkaitan status kerjasama itu mungkin dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan.

"Cuma, ditegaskan dia (PKR) ada hubungan dengan di sana (Pakatan Harapan) tapi pada masa yang sama nak berhubung dengan kita, tak boleh macam itu," katanya.

Kelmarin, Presiden PKR,  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Bersatu dibuat selepas meneliti masalah dan isu semasa yang melingkari rakyat pada ketika ini.

Beliau turut menjelaskan kedua-dua pihak bertekad untuk membela nasib rakyat sekaligus merubah Malaysia ke arah yang lebih baik.


Tiada ulasan: