HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Disember 2016

Lapan kenderaan bertembung di Slim River, dua maut

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Dua maut, enam cedera parah dan tiga cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Km371.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar ke Slim River, di sini, Selasa.
 
Menurut jurucakap polis, mangsa yang maut dalam kejadian membabitkan empat buah kereta dan empat buah lori pada kira-kira 3.30 petang itu dikenal pasti Intan Maizura Aidul Badri, 34, dan Ridzuan Abdul Rajak, 33.
 
Mayat kedua-duanya dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River, katanya dipetik kepada Bernama.
 
"Kejadian itu berlaku apabila sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain," katanya.
 
Susulan kejadian itu, aliran trafik di kedua-dua arah bergerak perlahan apabila lorong kanan menghala utara ditutup sementara, katanya.
 
 

Tiada ulasan: