HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Disember 2016

Malaysia sambut baik pembekuan pekerja Myanmar

MalaysiaGazette
 
 
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
 
 
Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan Myanmar untuk menghentikan penghantaran rakyatnya untuk bekerja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Myanmar itu tidak memberi kesan kepada Malaysia.

"Keputusan Myanmar tidak mempunyai kesan kepada Malaysia," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-24 IPF di sini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Myanmar untuk membekukan pengambilan pekerja ke Malaysia pada 6 Disember lalu.

Myanmar mengambil tindakan itu susulan tindakan Malaysia yang mengadakan Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya sebagai membantah tindakan pembersihan etnik oleh Rohingya di Rakhine.

Himpunan itu dianjur oleh Malaysia dasar kemanusiaan dan tindakan keganasan terhadap Rohingya memberi kesan kepada keselamatan Malaysia. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: