HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2016

Menara Kerja Raya antara 10 bangunan baharu terbaik dunia

 
 
 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbangga dengan Menara Kerja Raya yang berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan dunia.
 
Apa yang lebih membanggakan, menurut Perdana Menteri, adalah menara ikonik tersebut direka dan dibina menggunakan kepakaran tempatan.
 
"Menara ini telah berjaya memperolehi Penarafan Green Building Index (GBI) tahap Platinum.
 
"Ini merupakan bangunan kerajaan pertama yang mendapat pengiktirafan tersebut.
 
"Ia juga disenaraikan sebagai salah sebuah daripada 10 bangunan baharu terbaik di dunia oleh Business Insider United Kingdom," katanya semasa berucap di majlis perasmian Menara Kerja Raya di sini hari ini.
 
Menara tersebut juga telah memenangi tempat kedua bagi Anugerah Bangunan Hijau ASEAN.
 
Menurut Najib, pembinaan menara yang menempatkan ibu pejabat Jabatan Kerja Raya itu bukan sahaja menunjukkan tahap kualiti yang tinggi malah status mesra alam bagi memastikan pembangunan lestari.
 
"Hakikat kejayaan-kejayaan ini adalah selaras dengan aspirasi negara dan alam semesta sebagai agenda penting untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berjaya," katanya lagi.
 
Tambah beliau, menjangkau 30 tahun akan datang, setiap pembangunan mesti berlandaskan konsep mesra alam dan pembangunan lestari.
 
Katanya, berdasarkan kejayaan Malaysia setakat ini, beliau yakin negara mampu mencapai sasaran pengurangan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2020. - MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: