shahbudindotcom
Susulan
bidasan Nazri Aziz yang menyifatkan era diktator Tun Mahathir Mohamad
sudah berakhir dan mahu beliau hanya menghabiskan sisa-sisa usianya
bermain dengan cucu, bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang
panjang menjawabnya.
Dalam
tulisan di blognya semalam untuk menjawab perkara itu, jelas kita dapat
memahami betapa sayangnya Tun Mahathir kepada negara ini dan masa depan
rakyatnya.
Sebagaimana
beliau keluar daripada persaraannya untuk menyingkirkan Tun Abdullah
Badawi kerana kerakusan "budak-budak tingkat 4" menguasai institusi
Perdana Menteri ketika itu, kini misinya ialah untuk "menghalang Najib
Razak daripada terus merosakkan negara".
Hakikatnya
semua orang sedar timbunan perbuatan Najib yang memang merosakkan
negara, tetapi tidak ada yang berani bersuara kerana lebih memikirkan
poket, perut, jawatan dan dedak.
Di
era Najib ini, sokongan kepada UMNO untuk kebaikan negara sudah
bertukar menjadi sokongan kepada peribadi Najib untuk mengutip apa saja
kepentingan peribadi yang boleh diraih.
Sehubungan
itu, kita rakyat Malaysia yang berfikir tidak saja berkaitan poket,
perut, jawatan dan dedak untuk diri sendiri, seharusnya bersyukur dengan
sedianya Tun Mahathir kembali ke kancah perjuangan kerana kini lebih
mungkin anak-anak dan cucu kita mempunyai masa depan yang lebih bahagia
untuk mereka.
Jika
Tun Mahathir hanya memikirkan tentang dirinya dan kepentingan masa
depan anak-anaknya sambil mempunyai lebih banyak masa bemain dengan
cucu, tentulah lebih baik baginya menjadi pendiam dan menyokong apa saja
yang dilakukan Najib.
Tetapi,
dengan terus berjuang dan menghadkan masa bersama cucu, beliau bukan
saja hilang banyak kemeriahan di usia tuanya, bahkan masa depan
anak-anaknya juga jadi tidak menentu.
Sebenarnya,
inilah yang membezakan antara seorang tua berusia 91 tahun yang dalam
nafasnya masih sayangkan negara berbanding orang lain yang hanya mampu
berkata, "tak apalah sebab kini zaman Najib menguruskan negara."
Berdiam
diri dengan kecurangan yang berlaku di depan kata, antaranya
pembaziran, naik jet sesuka hati, 1MDB, ribu-ribu juta dalam akaun
peribadi dan menambah hutang secara menggadai negara, lebih memungkinkan
keadaan menjadi lebih buruk untuk masa depan negara.
Dengan
hutang negara terus menimbun, bagaimanakah kita boleh berharap Najib
mampu menyediakan peruntukan yang lebih baik untuk rakyat jelata?
Soalnya, mengapa Nazri tiba-tiba mahukan Tun Mahathir hanya bermain dengan cucu saja?
Tidakkah beliau juga pernah berkata Tun Mahathir sudah tua dan tidak berupaya pun memecahkan gelas dengan balingannya?
Jika baling gelas pun tak pecah, kenapa seolah-olah takut dengan terusnya Tun Mahathir berada dalam gelanggang perjuangan?
Mungkin
Nazri mula sedar betapa tingginya penolakan rakyat kepada Najib ketika
ini dan kedudukannya hanya dapat diselamatkan jika akhirnya Tun Mahathir
memilih untuk berdiam diri dan hanya bermain-main dengan cucu-cucunya.
Dalam
hal ini, rakyat Malaysia bukan saja harus berbangga, malah sepatutnya
tiada pilihan selain bersama-sama menyokong perjuangan Tun Mahathir
untuk menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara ini. Beliau kini
bukan lagi berjuang untuk diri atau anak-anaknya, tetapi untuk masa
depan anak-anak cucu kita semua.
Ia
berbeza dengan Najib, perjuangannya kini hanyalah untuk menyelamatkan
masa depan dan kedudukan peribadinya saja. Beliau tidak lagi menjadikan
UMNO sebagai landasan membela rakyat, tetapi sebagai "kuda tunggangan"
untuk keselamatannya.
Bayangkan
berapa banyak lagi "bala" akan menimpa kita dan menjadi tatapan dunia
kiranya Tun Mahathir lebih suka berdiam diri saja dan sayangkan
cucu-cucunya melebihi sayangkan negara?
Sementara
Tun Mahathir dengan senang hati melepaskan jawatannya secara sukarela
pada 2003 kerana tiada apa-apa beban peribadi yang dipergantungkannya
kepada UMNO, Najib sebaliknya paling takut masa depan peribadinya
terhumban sama dengan kejatuhan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan