HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2016

Najib siarkan video Superman 'Melayu skru Melayu'

Zikri Kamarulzaman

 
Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dalam usaha untuk menyasarkan DAP sebagai musuh orang Melayu, menyiarkan video kontroversi bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yew memberitahu rakyat Sarawak untuk membiarkan 'orang Melayu skru orang Melayu'.

Najib kemudian menayangkan video kedua dengan berkata: "(Dr) Mahathir (Mohamad) membunuh Najib" dalam bahasa Mandarin.

"Mereka satu pihak yang lain yang menggunakan antara satu sama lain ... Tidak ada keperluan bagi saya untuk mengatakan siapa guna siapa," ujar Najib sebelum tayangan video berkenaan.

Hew membuat kenyataan berkenaan semasa pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini dalam usaha untuk memikat hati pengundi untuk memilih calon DAP Abdul Aziz Isa untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Kitang.

Bagaimanapun, Hew mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata beliau tidak akan meminta rakyat Sarawak untuk mengundi wakil Melayu jika mengamalkan sifat perkauman.


LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: