HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Disember 2016

PAS dinasihati jaga kerusi sendiri daripada sibuk tanding DAP

BNBBC, 


PAN memberi nasihat kepada PAS agar parti Islam itu menjaga kerusinya terlebih dahulu daripada sibuk bertanding di kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad ini kerana beliau menjangkakan yang PAS akan banyak kehilangan kerusi selepas ini apabila DAP bertindak untuk bertanding di kawasan PAS.

“Nak bertanding kerusi DAP? PAS dah banyak duit sanggup hilang deposit bolehlah.

“Cuma saya cadangkan pada PAS beri tumpuan pada jaga kerusi sendiri kerana banyak bakal hilang, Dari nak sibuk bertanding di kerusi orang lain,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan PAS akan bertanding di kerusi DAP yang berpotensi tinggi untuk dimenanginya pada PRU walaupun terpaksa melalui pertandingan tiga penjuru.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata keputusan itu diputuskan sekiranya Pakatan Harapan masih berkeras untuk bertanding di kawasan tradisi PAS.

Namun Khalid berkata PAS akan menerima kesan yang buruk jika DAP benar-benar bertanding di kawasan mereka.

Saya rasa PAS akan lebih terkesan apabila DAP bertanding di kerusi PAS sebab selama ni kerusi2 PAS di Selangor dimenangi atas undi bukan Melayu.

“PAS tak ada potensi menang tetapi berpotensi memenangkan BN dan itulah peranan yang dimainkan PAS sekarang,” tambahnya.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas tindakan PAS yang tidak mahu memberikan kerusi mereka kepada PPBM.

“Rundingan berjalan tetapi takkan serahkan ‘kerusi PAS’ kepada PPBM? Rundingan berhubung apa ‘lagu tu’? ” soalnya.

Tiada ulasan: