HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Disember 2016

PAS serah surat tuntutan kepada Sarawak Report

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown pada 13 Disember lalu secara rasmi. 
 
Surat berkenaan dihantar kepada Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.
 
Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.
 
"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin, memetik laporan Harakah Daily.
 
Tiga tuntutan tersebut kata Takiyuddin ialah -  Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report, mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS, dan menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.
 
Tambah beliau, dua pihak akan mengemukakan saman kepada portal tersebut iaitu parti PAS dan Presidennya, Datuk Seri Guru Abdul Hadi Awang. 
 
Portal Sarawak Report sebelum ini melaporkan PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
 
Dalam laporan itu, Sarawak Report mendakwa Najib cuba mengambil peluang perselisihan dalam kalangan pembangkang dengan mengambil hati pemimpin atasan PAS.
 
"Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah)," kata laporan itu.
 
 

Tiada ulasan: