HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Disember 2016

PAS tanding kerusi PKR jika gagal 'kawal' Amanah - Mahfodz

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan bertanding di kerusi PKR, jika parti itu gagal 'mengawal' rakan komonennya, Amanah daripada mengusik kawasannya  pada pilihan raya akan datang, tegas Datuk Dr. Mahfodz Mohamad.
 
Ketua Dewan Ulama PAS itu berkata PAS berkali-kali memberi komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu pada Pilihan Raya Umumke-14 (PRU14) nanti, dengan syarat kerusi tradisinya tidak diusik.
 
Parti serpihannya, Amanah kerap kali mengumumkan akan bertanding di semua kerusi PAS pada PRU akan datang.     
 
"Jika kerusi PAS diusik oleh Amanah yang sepatutnya dikawal oleh PKR, maka kita akan bertanding di mana-mana kerusi (PKR) yang kita rasa boleh mendapat kemenangan tipis yang ditandingi oleh PKR. 
 
"Jika berlaku begitu, memang akan berlaku pertembungan walaupun masing-masing berkehendakkan satu lawan satu. Jika PAS lawan BN, maka kita harapkan Amanah tidak bertanding di kerusi PAS," tegas Mahfodz kepada Antarapos, hari ini.
 
Mahfodz juga memberitahu, buat masa ini PAS dan PKR saling memerlukan bukan sahaja dari konteks pentadbiran di Selangor.
 
"Memang kedua-dua pihak masih mengharapkan PKR, begitu juga PKR, walaupun dalam PH, mereka masih kekal dengan PAS. Sekurang-kurang sampailah dalam pilihan raya ini, kita berharap hubungan PAS dengan PKR akan berlanjutan. 
 
"Untuk selepas pilihan raya kita tak dapat nak jangka. Itu ikut kepada prestasi masing-masing," katanya lagi.
 
Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebelum ini memberitahu PKR bersama DAP dan Amanah perlu melihat kerjasama politik dengan Parti Pribumi Malaysia (PPBM) sebagai keutamaan.
 
Ujarnya, hubungan politik bersama PAS kurang menyumbang kepada kelangsungan dan kekuatan politik pembangkang.
 
Mengulas kenyataan Abdullah, Mahfodz berkata kerjasama PH bersama PPBM yang dimeterai baru-baru ini tidak menjejaskan hubungan partinya dengan PKR.
 
Selain PKR, PAS juga menjalin kerjasama politik dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).
 
 

Tiada ulasan: