HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2016

Pelajar 'bercumbu' sah dari sekolah swasta di JB

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Adegan 'bercumbuan' membabitkan dua pelajar yang menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini, disahkan pelajar dari sebuah sekolah swasta di sini.
 
Pengetua Sekolah Tinggi Foon Yew, Tee Bee Tin turut mengesahkan pelajar lelaki dan perempuan dalam video itu adalah dari sekolah berkenaan berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pasangan tersebut.
 
Beliau berkata kedua-dua pelajar berusia 13 tahun itu dan ahli keluarga mereka turut dipanggil dalam satu mesyuarat pada Isnin.
 
"Ibu bapa pelajar lelaki itu mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.
 
"Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya," kata Tee kepada pemberita di sekolah swasta di Kampung Stulang Laut dekat sini, semalam.
 
Turut hadir ibu bapa pelajar perempuan terbabit.
 
Video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di Facebook pada Jumaat menunjukkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan.
 
Terdapat juga beberapa adegan lucah lain di dalam video tersebut.
 
Pengetua itu turut memberitahu, ia ekoran pelajar lelaki dan rakannya yang berusia 20 tahun yang bekerja sebagai chef di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.
 
Tambahnya, ibu bapa pelajar lelaki terbabit memberitahu bahawa rakan anaknya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat selain mendakwa lelaki itu menggodam laman Facebook milik anaknya.
 
 

Tiada ulasan: