HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2016

Pemandu disaman gara-gara seluar koyak?

 Berita Daily Staff
 
 
Dia dipercayai disaman di kawasan Jalan Kuching di sini pada 22 November lalu kira-kira pukul 11:15 pagi

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu disaman polis gara-gara memakai pakaian yang tidak kemas semasa memandu menjadi viral di laman media sosial.

Berdasarkan dua keping gambar yang mula viral di media sosial, pemandu berkenaan dipercayai disaman kerana memakai seluar koyak di bahagian lututnya.

Dia dipercayai disaman di kawasan Jalan Kuching di sini pada 22 November lalu kira-kira pukul 11:15 pagi.

Namun, tindakan polis menyaman pemandu tersebut kerana memakai seluar koyak mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial.

“Polis kita semakin hebat,” kata Mohd AK seorang pengguna Facebook yang turut berkongsi gambar tersebut.

“Aiyo, pakai seluar koyak pun saman kah?” tanya seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Arasu.

Namun, turut terdapat satu komen di mana Wan Kamariah berpendapat kemungkinan besar pemandu tersebut disaman kerana memakai selipar ketika memandu.
 
Salinan surat saman yang dilihat Berita Daily turut menyatakan pemandu lori berkenaan perlu hadir di Mahkamah Majistret di Jalan Duta pada 21 Januari 2017 pada pukul 8 pagi untuk perbicaraan.

Tiada ulasan: