HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Disember 2016

Pemuda Umno Kedah kesal Dr M berkawan dengan 'cauvinis' DAP


MALAYSIAKINI
 

Pemuda Umno Kedah, Dr Mohd Rizal Abdul Rahman menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad kerana menjalin hubungan dengan 'cauvinis' DAP.

Malah, Mohd Rizal turut berkata tindakan Mahathir itu mengkhianati perjuangan sendiri apabila secara jelas negarawan tersebut menghadiri konvensyen DAP semalam.

"Selama 45 tahun beliau menentang dan pimpin parti politik untuk lawan agenda jahat 'cauvinis' DAP, kini kerana kuasa Tun sanggup khianat. Sedih.

"Ini kali pertama bekas presiden Umno melakukan sesuatu seperti ini. Benar-benar kecewa kerana ia Tun M (Mahathir). Khianat pada juang beliau sendiri.

"Kamu mengkhianati orang Melayu dengan bersetuju dengan agenda DAP. Sangat teruk," kata Mohd Rizal dalam laman twitternya yang merujuk Mahathir dengan menggunakan gelaran kehormatnya.

Katanya, Mahathir yang kini merupakan penasihat parti serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) antara faktor utama pemimpin Umno bertindak "melawan agenda jahat cauvinis DAP".

"Selama 22 tahun dia (sebagai perdana menteri) ditentang dan dimusuhi cauvinis DAP semasa jadi PM. Akhirnya dia gadai prinsip perjuangan dengan bersekongkol bersama mereka," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap dalam ucapan dasarnnya pada Perhimpunan Agung Umno 2016 Khamis lalu berkata, tindakan Mahathir membentuk parti baru bagi menjatuhkan Umno-BN jelas memberi kesan kepadanya.

Malah, ketika menyatakan kekecewaannya Najib yang juga presiden parti keramat Melayu itu menyifatkan tindakan Mahathir sebagai “kemuncak penderhakaan” kepada Umno dan negara.

Tiada ulasan: