HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Disember 2016

Penduduk rumah panjang gembira Impian Sarawak bantu naik taraf bekalan air

rumah panjang kapit

Roketkini.com


KAPIT: Di saat para Menteri mendabik dada kononnya Malaysia semakin menghampiri status negara maju, masih ada rakyat di negara ini tidak mempunyai bekalan air yang bersih.

Ketiadaan bekalan air yang sempurna telah menyebabkan penduduk Tr Sabang Nanga Buya di Pelagus sukar melakukan rutin harian mereka.

Selain terpaksa mandi di sungai, bekalan minuman yang merupakan asas untuk hidup juga tidak mencukupi di kawasan tersebut.

Bagi memastikan penduduk Tr Sabang memperoleh hak mereka, DAP Kapit bersama Impian Sarawak telah berjaya menaik taraf bekalan air di kawasan tersebut.

Projek naik taraf bekalan air berkenaan bermula pada 3 November sehingga 7 November lalu. Fasa terakhir projek itu telah pun disiapkan pada 10 Disember lepas.

Menurut Setiausaha DAP Kapit, Larry Asap, beliau bersama Paren Nyawi dari DAP Katibas dan Impian Sarawak telah berkunjung ke rumah panjang Tr Sabang baru-baru ini bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk.

larry asap paren nyawi
Setiausaha DAP Kapit, Larry Asap bersama Pengerusi DAP Katibas, Paren Nyawi.

Masyarakat di situ kemudiannya memohon kepada Impian Sarawak agar sistem bekalan air mereka dinaik taraf.

Kesal dengan kemelut yang dihadapi mereka, DAP dan Impian Sarawak bersetuju membantu penduduk Tr Sabang supaya mereka mendapat bekalan air yang berterusan dan sempurna.

“DAP akan sentiasa turun padang dan komited dalam memberi khidmat kepada rakyat memerlukan. Kita mahu melihat rakyat mendapat kemudahan asas yang terbaik supaya taraf hidup meningkat,” katanya dalam ucapan perasmian projek.

Pengerusi DAP Katibas, Paren Nyawi pula menjelaskan, Impian Sarawak merupakan satu program yang menunjukkan komitmen dalam menyediakan kemudahan asas terbaik kepada penduduk di negeri itu.

“Program Impian Sarawak akan diteruskan dari masa ke masa agar lebih ramai penduduk menikmati kemudahan yang sepatutnya menjadi hak semua rakyat Malaysia,” tegasnya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: