HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Disember 2016

Penilaian Pelajar Antarabangsa: Malaysia tak tersenarai, bagaimana pula skor meningkat?

lim kit siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan harus menjelaskan bagaimana Malaysia boleh mencatatkan peningkatan skor dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) baru-baru ini sedangkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tidak menyenaraikan Malaysia dalam laporannya.

Kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, penyenaraian PISA tidak mungkin akan berlaku tanpa Malaysia diletakkan dalam laporan OECD – pertubuhan yang menjalankan program berkenaan.

“Adalah tidak masuk akal apabila Timbalan Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Amin Senin and mengumumkan keputusan PISA 2015 yang diperolehi Malaysia, meskipun Malaysia dikeluarkan daripada PISA 2015 oleh OECD,” ujarnya.

Justeru, Kit Siang yang Ahli Parlimen Gelang Patah menggesa agar pihak bertanggungjawab menjelaskan perkara tersebut, ekoran kemungkinan timbul perbezaan laporan Kementerian Pendidikan dan laporan rasmi PISA 2015 yang dikeluarkan OECD di Landon, semalam.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata bahawa pelajar negara ini memperoleh peningkatan skor dalam literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik dalam PISA 2015.

Kementerian Pendidikan antara lain mendakwa literasi saintifik pelajar Malaysia adalah 443 mata iaitu peningkatan 23 mata berbanding PISA 2012. – Roketkini.com


Tiada ulasan: