HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 Disember 2016

Perjanjian air dengan Singapura diteruskan - Najib

 
 


Malaysia akan meneruskan Perjanjian Air dengan Singapura yang telah ditandatangani pada tahun 1962.
Datuk Seri Najib Razak berkata, selepas berbincang dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien
Loong, kedua-duanya bersetuju untuk terikat dengan perjanjian asal walaupun faktor-faktor persekitaran telah menjejaskan bekalan air.

"Perubahan iklim adalah antara punca yang menjejaskan bekalan air. Namun, kami bersetuju untuk bekerjasama erat dan Singapura akan mendapat bekalan di bawah perjanjian air.

Sementara itu, Lee berkata, pendirian Singapura berhubung isu air begitu jelas sejak dari awal perbincangan.

"Kami gembira dengan persetujuan penting dalam bekalan air dari Johor seperti yang dipersetujui sebelum ini," katanya.

Dalam Perjanjian Air Malaysia-Singapura 1962, kerajaan Malaysia melalui Johor perlu membekalkan 250 juta gelan air mentah sehari ke republik itu setiap hari.

Namun pada pertengahan tahun ini, Johor terpaksa membeli bekalan air terawat sebanyak 6 juta gelen sehari kerana masalah pencemaran sungai. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: