HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Disember 2016

Sodomi Anwar: Musa Hassan mahu saman Raja Petra

 Oleh Haizal Yatiran

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bakal memfailkan saman terhadap penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin berhubung tulisan diblognya.
 
Musa dalam sidang medianya di Petaling Jaya hari ini memberi masa selama 14 hari kepada penulis blog itu atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
 
"Saya harap dia tarik balik (tulisannya) dalam masa 14 hari dan membuat (permohonan) maaf.
 
"Saya akan membuat laporan polis selepas 14 hari bermula hari ini dan kes saman fitnah," katanya kepada pemberita.
 
Tulisan dalam blog milik Raja Petra itu berkisar tentang kes sodomi pertama dan kedua yang melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Raja Petra menerbitkan artikel bertajuk 'How Mukhriz is going to become PM' itu mendedahkan bahawa Musa bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjadi orang suruhan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk 'melicinkan' rancangan tersebut.
 
Namun Musa mendakwa ia sebagai fitnah terhadapnya dan sengaja direka oleh Raja Petra.
 
"Setelah membacanya, saya mendapati terdapat banyak fitnah daripada fakta yang betul ditulis oelh beliau.
 
"Antara fitnah adalah sodomi satu dan dua telah dikatakan diwujudkan satu perancangan untuk menunjukkan tuduhan liwat Anwar direka-reka," ujarnya.
 
Justeru, menurut Musa, tindakannya itu adalah untuk mempertahankan maruahnya serta pegawai-pegawai awam di negara ini yang cuba dicemari oleh penulis tersebut.
 
"Pada pendapat saya, ini fitnah untuk jatuhkan maruah saya dan Gani jadi, sudah sampai masa saya buat laporan polis dan tindakan saman fitnah terhadap kes ini.
 
"Ini perkara fitnah yang jahat ingin jatuhkan maruah semua pegawai-pegawai  awam di negara ini," tambah Musa.
 
Kes liwat II Anwar bermula apabila laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan, bekas pegawainya yang mendakwa telah diliwat bekas ketua pembangkang itu.
 
Pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan tersebut.
 
Dalam pada itu, Musa menegaskan bahawa Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam kes liwat Anwar.
 
"Mahathir bukan di belakang Liwat II, beliau tidak dipanggil oleh pihak polis," kata Musa.
 
 

Tiada ulasan: