HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Disember 2016

SPRM tahan pegawai penjara disyaki terima rasuah

Bernama



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan dua pegawai Jabatan Penjara kerana disyaki menerima  rasuah RM3,000 daripada seorang bekas banduan.

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusof berkata seorang daripada pegawai terbabit yang berpangkat Inspektor, ditahan antara 7 malam dan 12 tengah malam tadi.

Wang terbabit dipercayai bagi melepaskan sabitan ujian saringan air kencing terhadap beberapa banduan yang didapati positif dadah, katanya dalam kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini,  untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum 20 tahun penjara dan denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, katanya. -Bernama


Tiada ulasan: