HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2016

Tanya sebelum beri kenyataan, Siti Kasim bidas Tok Pa

 
Aktivis peguam itu berkata, Malaysia mempunyai kewajipan untuk menjaga hak Orang Asli.


siti-kassim-mustapa-1


PETALING JAYA: Siti Kasim menasihatkan menteri tidak memberi kenyataan mengenai perkara mereka tidak tahu, ekoran dakwaan menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang sekatan di Gua Musang membabitkan Orang Asli berpunca daripada keengganan mereka mengiktiraf undang-undang.

Aktivis peguam itu berkata, pihak berkuasa perlu mengambil kira kewajipan negara menjaga hak Orang Asli di bawah Akta Orang Asli 1954 dan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP).

Beliau berkata, ada beberapa kes lama yang “membuktikan dari masa ke masa” Orang Asli ada hak ke atas tanah adat mereka.

“Jangan cakap tentang sesuatu yang anda langsung tak tahu mengenainya. Jika anda tidak tahu, maka anda perlu tanya terlebih dahulu, jika tidak anda akhirnya akan kelihatan bodoh. Kita (peguam) sentiasa bersedia membantu menerangkan kepada anda,” katanya.

Mengulas sekatan yang dilakukan Orang Asli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, Malaysia mempunyai Dasar Perhutanan Negara bagi menjaga hal berkaitan perhutanan.

Siti bagaimanapun mempersoalkan bagaimana Mustapa tidak tahu tentang tanggungjawab negara kepada masyarakat Orang Asli.

“Beliau patut tahu Malaysia sudah menandatangani deklarasi UNDRIP. Ia bukan sesuatu yang anda boleh abaikan.

“Ia hanya menunjukkan menteri dan orang yang anda tempatkan di atas sana sebagai bos jahil tentang undang-undang. Jika mereka jahil, maka ia adalah okey, tetapi anda (perlu) tahu (tentang isu itu) sebelum buka mulut anda.”

Tiada ulasan: