HALAMAN SANTAI

Isnin, 5 Disember 2016

Tun M sanggup ketepi maruah demi jatuhkan PM - bekas pemimpin DAP

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup mengenepikan maruahnya apabila menghadiri konvensyen DAP semalam dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
Menurut bekas pemimpin DAP Selangor Tan Tuan Tat, Mahathir sebelum ini seringkali mengherdik parti itu sebagai parti cauvinis dan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai seorang rasis.
 
Malah kehadiran itu juga menunjukkan Mahathir terdesak untuk meraih undi masyarakat Cina pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
 
"Apa yang dilakukan Tun Mahathir sebenarnya dia tidak faham maksud muka tembok. Dia tidak malu dengan apa yang dilakukan kepada Lim Kit Siang dan masyarakat Cina, kehadiran beliau dalam Konvensyen DAP semalam tidak disenangi oleh ahli-ahli DAP, itu yang diberitahu kepada saya. 
 
"Mereka tidak gembira kerana Mahathir dilihat sebagai individu yang memecahbelahkan masyarakat Cina dan DAP pada khususnya. 
 
"Tun Mahathir panggil DAP dengan banyak gelaran, jadi buat masa ini dia bersengkongkol dengan DAP menunjukkan beliau tidak ada serangan dan terdesak," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Ketika menghadiri konvensyen berkenaan, Mahathir secara terbuka memuji DAP selepas sekian lama mencemuh parti itu sebagai rasis dan pengamal politik perkauman.
 
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau kini menyedari bahawa DAP sebagai parti pelbagai bangsa.
 
Jelas Tuan Tat, kenyataan itu mengejutkan beliau dan banyak pihak kerana tidak selari dengan apa yang pernah diperkatakan Mahathir ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun.
 
"Mahathir sudah nyanyuk. Dia tidak tahu apa yang diperkatakannya. Bila beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun tidakkah dia sedar bahawa beliau pernah mengeluarkan komen DAP adalah parti cauvinis yang hanya untuk masyarakat Cina.
 
"Mahathir sudah bangkrap idea dan semua perancangan beliau tidak menjadi sebab kelihatan sudah tidak mempunyai arah. Bila sudah lama mengutuk tentang DAP semasa ada kuasa, tiba-tiba bersekongkol dengan pembangkang hanya untuk menjatuhkan kerajaan," ujar Tuan Tat. 
 
Dr Mahathir semalam membuat kejutan apabila hadir ke Konvensyen DAP, meskipun pada awalnya beliau dilaporkan tidak dijemput parti itu. 
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu kehadiran Dr Mahathir dalam konvensyen parti itu adalah 'kejutan' setelah menghantar jemputan pada saat-saat akhir.
 
 

Tiada ulasan: