HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 Disember 2016

UMNO sifatkan Pemuda GERAKAN biadap, cabar orang Melayu

THE MALAYSIAN TIMES


syed ali gerakan


KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar Naib Ketua Pemuda GERAKAN, Andy Yong yang berpendapat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dipertimbangankan semula yang menyentuh kedudukan orang Melayu.

“Pandangan itu terlalu biadab dan mencabar UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, tindakan Yong yang turut mempertikaikan penilaian secara meritokrasi membabitkan kepentingan orang Melayu dan bumiputera sebagai tidak wajar.

“Dia membuat saranan itu secara terbuka, jelas melanggar semangat setiakawan dan kesepakatan yang ditemerai di kalangan komponen BN,” tegasnya dalam satu kenyataan menerusi blognya .

Syed Ali  yang juga Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan mendakwa, Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu sengaja meniupkan sentimen perkauman dan berbau hasutan.

“Ini tidak bagus, sudah tentu dia berniat jahat apabila mempertikaikan Perkara 153 yang sudah termaktub dalam perlembagaan di mana hak dan kedudukan orang Melayu tidak perlu dipertikaikan,” tegasnya.

Serentak itu, beliau mendesak Presiden GERAKAN supaya memberi ‘tunjuk ajar’ kepada Yong supaya lebih beretika dan memahami status orang Melayu di negara ini.

Yong dalam kenyataannya seperti disiarkan oleh  dalam sebuah portal dalam versi bahasa Inggeris dipetik sebagai berkata Perkara 153 perlu dipertimbangkan semula sejajar dengan kedudukan orang Melayu masa kini.

Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu juga mahu penilaian meritokrasi dan bantuan (tongkat) kepada orang Melayu selama ini perlu dikaji semula kerana peruntukan itu sudah tidak lagi relevan.

Menurut Syed Ali lagi, tindakan sekutu BN itu seolah-olah mencabar artikel dalam Perlembagaan Persekutuan yang selama ini digunapakai dan dihormati oleh rakyat negara ini termasuk bukan Melayu.

“Sebagai Ketua UMNO Bahagian Chears, kenyataan itu amat berbahaya yang seolah-olah berbau hasutan supaya berlaku ketegangan antara orang Melayu dengan bukan Melayu,” tegasnya.

Yong tambah beliau, perlu menarik balik kenyataan tersebut kerana secara tidak langsung seperti mencabar pendirian dan prinsip UMNO.

“UMNO yang selama ini mempertahankan kedudukan dan hak orang Melayu dan  kenyataan Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu benar-benar mencabar kita (UMNO),” tegasnya.

Tiada ulasan: