HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 Disember 2016

Wanita UMNO akan siap sedia jika 30% calon PRU miliknya

MALAYSIA GAZETTE
 



Wanita UMNO akan menyambut baik jika parti itu memberi peluang 30 peratus daripada 1.3 juta sayap itu sebagai calon Pilihan Raya ke-14.

Bahkan, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya akan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran itu jika diberi peluang nanti.

Beliau berkata, lebih kurang 50 peratus pengundi PRU ke-14 adalah wanita.

Tegas beliau, survival mana-mana parti politik mahu pun kerajaan akan lebih terjamin apabila wanita dan isu-isu wanita diarusperdanakan.

Pada hari ini, di Dewan Rakyat, Wanita BN hanya ada 14 Ahli Parlimen, yang mana Wanita UMNO ada lapan dan wanita parti komponen ada enam iaitu 6.3 peratus sahaja.

Ahli Parlimen UMNO ada 86, hanya lapan daripadanya Wanita UMNO iaitu 9.3 peratus.

Di Dewan Negara, Wanita UMNO ada lapan dan parti komponen tiga daripada 63 kerusi.

Manakala di Dewan Undangan Negeri pula, UMNO hanya ada 25 Wanita UMNO dan lima wanita parti komponan.

"Maka semasa perasamian Wanita, Pemuda dan Puteri, apabila Datuk Seri Ahmad Zahid kata hendak bisik dengan presiden untuk 30 peratus calon wanita, kami bukan hanya menyambut baik, malah menyiapakan diri menyahut cabaran ini," katanya ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Kata Shahrizat, kesemua legasi yang diperjuangkan Wanita UMNO pada hari ini adalah 'lebuh raya politik untuk Puteri UMNO menikmatinya. - MalaysiaGazette


Tiada ulasan: