HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Disember 2016

Warga asing dibunuh, mayat disumbat dalam Tong

Mazni Mustafa, Astro Awan
Warga asing dibunuh, mayat disumbat dalam Tong
Usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
 
TAIPING: Seorang lelaki warga asing dipercayai dibunuh dan mayatnya disumbat dalam sebuah tong di Trong, dekat sini.

Mayat itu telah ditemukan polis di kawasan Ladang Getah Kampung Masjid Air Terjun, Padang Gajah Trong petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata mayat lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemui dengan kepala di bahagian bawah dan kaki di atas pada jam 6.45 petang.

"Mayat ditemui di dalam tong dalam keadaan kepala di bawah dan kaki ke atas dan dipercayai kejadian (bunuh) masih baharu kerana tiada bau.

"Bagaimanapun, identiti mayat itu belum dikenal pasti," katanya.

Dia berkata, mayat berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan luka akibat tetakan pada leher.

Katanya, usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Tiada ulasan: