HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

2,300 kg minyak masak diseludup dari M’sia ke Thailand

Bernama, 
Gambar hiasan
Gambar hiasan


SATUN – Tentera Thailand menahan sebuah pikap dan merampas 2,300 kilogram (kg) minyak masak yang dilapor diseludup daripada Malaysia di sempadan Satun-Perlis semalam.

Ketua Operasi Pencegahan Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia Sempadan Satun-Perlis, Kol Nipol Chantana berkata pihaknya menemukan 1,700 kg minyak masak dalam paket 1 kg dan 600 kg minyak masak dalam botol 5 kg.

Beliau berkata minyak masak dijual di pasar Hatyai pada harga THB35 (RM1=7.1 Baht) untuk paket 1 kg manakala bagi botol 5kg, ia dijual pada harga THB180.

Sementara itu seorang pengedar daun ketum ditahan dan 49 kg daun itu yang cuba diseludup dari Malaysia dirampas semalam, katanya.

Tiada ulasan: