HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Januari 2017

Adiwira Iron Man pula masuk sekolah


TEMERLOH - Sesi persekolahan 2017 yang bermula semalam menyaksikan pelbagai usaha dilakukan untuk menarik minat dan menceriakan murid tahun satu pada hari pertama sesi.

Bagi murid baharu di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, di sini hari pertama disambut meriah apabila pihak sekolah tersebut memanggil seorang pemuda yang memakai kostum watak adiwira 'Iron Man' bagi menceriakan hari pertama persekolahan.

'Iron Man', salah satu watak kegemaran kanak-kanak menjadi penyambut tetamu murid tahun satu pada hari pertama persekolahan mereka.

Selain bermesra dan melakukan pelbagai aksi, 'Iron Man' turut bersama-sama murid dalam bilik darjah ternyata menceriakan lebih 70 murid tahun satu dari dua kelas sekolah itu..

Kostum adiwira 'Iron man' ini dibeli pegawai Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Mohd Faizal Muda dengan harga RM3,000.

Menurutnya, beliau diundang ke sekolah terbabit sebagai usaha memberi kelainan pada hari pertama sesi persekolahan semalam.

"Saya harap kehadiran watak popular  ini dapat.menarik minat murid untuk ke sekolah pada hari pertama persekolahan mereka.

"Apabila sampai sahaja di sekolah ini pagi tadi, bukan sahaja menjadi tumpuan murid tahun satu, malah guru serta ibu bapa yang berada di sekolah turut mengambil kesempatan bergambar dengan saya," katanya.


Tiada ulasan: