HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Januari 2017

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya selepas kesemua pusat pemindahan ditutup bermula jam 3.00 petang hari ini.
 
Berdasarkan portal rasmi e-Banjir Kelantan, seramai 46 mangsa terakhir yang berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1 mula dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tadi.
 
Sementara itu, daerah Rantau Panjang yang sebelum ini mencatat bilangan mangsa paling ramai melebihi 10,000 orang, turut kembali ke kediaman masing-masing.
 
Kebanyakan mangsa mula membersihkan kediaman yang dibanjiri lumpur akibat banjir yang melanda sejak seminggu lalu.
 
Kelantan mula dilanda banjir pada 31 Disember lalu di tujuh daerah dengan hampir 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
 
 

Tiada ulasan: