HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Januari 2017

Bayi lelaki bertemankan dua patung, ditinggalkan di tepi jalan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KANGAR: Seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemukan di dalam sebuah kotak di tepi jalan masuk ke sebuah pasar raya di sini awal pagi tadi.
 
Ketua polis daerah Kangar Supt. Wari Kiew berkata polis menerima panggilan mengenai perkara itu pada pukul 7.10 pagi.
 
“Bayi itu dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah kotak. Di dalam kotak itu turut terdapat cadar, tuala, seluar bayi dan dua anak patung,” katanya.
 
Beliau berkata bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini.
 
 

Tiada ulasan: