HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Januari 2017

#BebasPlastik: Tiada bahan alternatif elak masalah sama

OLEH HAFIZAN TAIB

 plastik-laut

SHAH ALAM, : Penggunaan bahan alternatif bagi menggantikan beg plastik tidak disediakan di premis perniagaan kerana ia bakal menggundang masalah sama, sekali gus menghalang matlamat kempen pemeliharaan alam sekitar.

Penolong Pengarah Sektor Pihak Berkuasa Tempatan, Wan Zahari Sulong berkata, sehubungan itu pengguna digalakkan untuk menggunakan beg daripada bahan bahan kitar semula yang diperolehi di pasaran.

“Jika bahan alternatif seperti beg kertas atau kotak disediakan, ia turut menyumbangkan kepada masalah sama iaitu penggunaan sumber.

“Proses penghasilan kertas sendiri adalah daripada pokok yang ditebang juga penggunaan sumber air tinggi.

“Kita tidak mahu menyelesaikan satu masalah tetapi menimbulkan masalah lain dan itu sebabnya mengapa kita tidak menyediakan alternatif, ” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat berkenaan pelaksanaan kempen bebas plastik dan polisterina bersama Jawatankuasa Pilihan Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JP-JPT), di sini, semalam.

plastik bag

Kempen itu dikuatkuasakan Kerajaan Negeri bermula 1 Januari lalu selepas tempoh percubaan dijalankan sejak beberapa tahun lalu serta ditingkatkan, pada 2016 dengan larangan penggunaannya, pada setiap Sabtu

Bagi meningkatkan kesedaran awam, katanya, pihak berkaitan antaranya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jawatankuasa Alam Sekitar bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menggiatkan kempen berkenaan.

“Bagi tahun ini, kita akan tingkatkan lagi pelaksanaan jelajah pengguna bersama PBT kerana sebelumnya kita fokus kepada kawasan perniagaan seperti bazaar Ramadan yang bermusim.

“Pelaksanaan akan dilakukan dengan mengadakan promosi di pasar raya, pasar pagi dan pasar malam bagi memberi kesedaran kepada pengguna selain mengeluarkan produk kempen melalui perunding dilantik,” katanya.-AA-

Tiada ulasan: