HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

Bukti DAP Bos PKR





macai
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang membuktikan DAP adalah bos kepada PKR.


Saifuddin adalah antara beberapa kerat muka Melayu daripada lebih 40 orang pegawai khas Guan Eng yang majoritinya bukan Melayu.

“Makin bertambah lagi lah pegawai-pegawai yang digajikan Kerajaan Negeri di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Dan maka terbuktilah siapa boss kepada siapa.

“Saya tertanya-tanya mengapa DAP dan Guan Eng perlu menyebarkan gambar di sebelah kanan. Apa mesej yang dia cuba sampaikan, “kata Lim Sian See.

mejar

Azizi Safar pula bimbang jika Saifuddin juga bakal mengikut jejak bekas Mejar Zaidi Ahmad dan Ab. Wahab Long yang diwar-warkan hebat dari segi jawatan, tetapi akhirnya hanya menjadi tukang lapor polis bagi pihak Guan Eng.

“Antara tugas-tugas khas Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zaidi (bekas juruterbang jet pejuang) dan Pegawai Khas & Penyelaras Agenda Ekonomi Saksama (AES), Ab. Wahab Long adalah membuat laporan polis bagi pihak Lim Guan Eng.

“Sebelum ini tugas membuat repot polis dilakukan oleh Ng Wei Aik dan Wong Hon Wai, Setiausaha Politik Ketua Menteri.

“Mungkinkah selepas ini tugasan membuat repot polis akan dilakukan pula oleh Saipudin Nasution yang dilantik sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri kelmarin?,” soalnya dalam Facebook.

saif
saif1
saif2
saif2-1
 
 
 

Tiada ulasan: