HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

Buktikan PM berhak guna pesawat kerajaan untuk melancong, cabar Kit Siang

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pesawat Airbus 319 milik kerajaan Malaysia.Pesawat Airbus 319 milik kerajaan Malaysia.

Isu percutian perdana menteri dan keluarga ke Australia dengan menggunakan pesawat rasmi kerajaan di saat penduduk di beberapa negeri menghadapi musibah banjir masih menjadi perbualan ramai.

Kewajaran Datuk Seri Najib Razak menggunakan pesawat rasmi untuk melancong bersama keluarga terus dipertikaikan walaupun Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa beliau layak berbuat demikian.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mencabar Nur Jazlan supaya mendedahkan dokumen bagi menyokong kenyataannya yang mempertahankan penggunaan pesawat milik kerajaan secara peribadi oleh Najib dan keluarganya.
"Saya tidak berapa yakin (dengan kenyataan Jazlan) dan mencabar supaya Nur Jazlan mendedahkan dokumen untuk membuktikan bahawa Najib mempunyai hak sedemikian (guna pesawat kerajaan) atas kapasitinya sebagai perdana menteri.
"Biar seluruh rakyat Malaysia tahu perbelanjaan penuh percutian akhir tahun di Australia oleh perdana menteri, keluarganya atau sesiapapun dalam jet berkenaan, termasuk lokasi dan kos penggunaan membabitkan pesawat berkenaan," gesa Kit Siang dalam satu kenyataan media semalam.

Nur Jazlan dilaporkan berkata, Najib menggunakan pesawat kerajaan untuk kemudahan dan atas tujuan keselamatan.

Beliau turut mengesahkan penggunaan pesawat itu untuk tujuan peribadi.

"Perdana menteri menggunakan jet itu untuk pergi bercuti. Ini adalah haknya.

"Sama ada ini adalah sensitif dari segi politik atau tidak, bagi saya itu isu yang berasingan. Tetapi beliau berhak untuk menggunakan jet itu sebagai perdana menteri,” katanya dipetik Malaysiakini.

Portal berita tempatan itu sebelum ini turut melaporkan pesawat Airbus 319 milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 8M-NAA yang dipercayai dinaiki Najib berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 4.56 petang waktu tempatan pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan, menurut laman portal berita tersebut, tidak boleh lagi dikesan pada laman sesawang pengesan pesawat, flightaware.com ekoran data itu kini tidak boleh lagi didapati kerana 'permintaan pemilik/pengendali'.

Tiada ulasan: