HALAMAN SANTAI

Sabtu, 7 Januari 2017

DBKL Larang PAS Anjur Perhimpunan Di Dataran Merdeka

Oleh: AKIL YUNUS
 
 
 
 
PETALING JAYA: PAS tidak dibenarkan untuk mengguna Dataran Merdeka bagi perhimpunan raksasa dalam menyokong pindaan kepada Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, jelas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar,  Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata Dataran Merdeka kekal menjadi larangan untuk menganjurkan perhimpunan seperti yang telah terjadi pada masa lalu.

"Polisi adalah sama. Bukan Dataran (Merdeka), "katanya dalam satu mesej khidmat pesanan ringkas, Sabtu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perhimpunan tersebut dijangka menarik 300,000 peserta, akan diadakan pada 18 Februari ini.

Bagaimanapun, Mohd Amin berkata, PAS dan penyokong-penyokongnya boleh berhimpun di Stadium Titiwangsa.

Tambah beliau, perhimpunan di Padang Merbok juga tidak dibenarkan.

"Perhimpunan Rohingya sebelum ini di Stadium Titiwangsa berjalan dengan baik. Jadi itulah tempatnya," jelasnya.

PAS merancang mengadakan perhimpunan dari pukul 3 petang hingga 11.30 malam, dijangka peserta yang terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik dan juga penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membawa usul tersebut.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, membaca pindaan Rang Undang-Undang di Parlimen November lalu, tetapi pembentangannya dan perbahasan ditangguhkan pada persidangan akan datang dijangka Mac  ini.

Tiada ulasan: