HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Januari 2017

Felda bayar bonus peneroka dengan wang pusingan hutang

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rafizi dalam sidang media di pejabat Invoke sebentar tadi. Foto Malaysia Dateline oleh WAN ZAHARI SALLEHRafizi dalam sidang media di pejabat Invoke sebentar tadi. Foto Malaysia Dateline oleh WAN ZAHARI SALLEH


Pemberian bonus kepada peneroka yang diumumkan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad baru-baru ini bukan dibuat berdasarkan keuntungan perniagaannya tetapi daripada wang pusingan hutang, dedah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Pejabat Invoke dekat Kuala Lumpur sebentar tadi, Rafizi berkata setiap peneroka sebaliknya akan menanggung bayaran faedah hutang Felda dan anak syarikatnya sebanyak RM5,065 setahun.

Pemberian bonus 'insentif produktiviti peneroka' berjumlah RM66.7 juta yang bakal diagihkan kepada 95,683 peneroka seluruh negara itu diumumkan Isa 30 Disember lalu.

Setiap peneroka akan menerima insentif berbeza di antara RM300 hingga RM800 bergantung kepada hasil.
"Tan Sri Isa Samad berkata bahawa Felda masih mampu membayar bonus walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
"Apa yang tidak disebut oleh Tan Sri Isa ialah bonus itu dibayar dengan menggunakan wang pusingan hutang kerana prestasi kewangan Felda setakat ini menunjukkan Felda mencatat kerugian dari operasinya, iaitu operasi bersabit kelapa sawit dan perniagaan sebelum ditolak bayaran faedah hutang, cukai dan lain-lain," jelas Rafizi.
Beliau menyandarkan dapatannya melalui unjuran penyata kewangan Felda bagi tahun 2014 dan kedudukan kewangan Felda sejak dari itu.

Menurut Rafizi, pada 2014 kerugian operasi Felda adalah RM968 juta dan di peringkat kumpulan (termasuk kerugian anak-anak syarikat) kerugian operasi sehingga RM1.4 bilion.

"Ini bermakna dalam tahun 2014, Felda tidak berjaya menjana wang dari operasi kelapa sawit dan perniagaannya kerana mengalami kerugian," tambah beliau.

Rafizi yakin bahawa prestasi kewangan Felda tidak banyak berubah di tahun 2015 dan 2016.

Sehubungan itu, beliau yakin bonus yang dibayar kepada peneroka adalah wang hutang kerana operasi Felda yang tidak mampu menjana keuntungan.

"Lebih teruk dari itu, dengan keputusan Felda untuk membeli 37% pegangan saham Eagle High Plantations berjumlah RM2.26 bilion, hutang Felda dan anak-anak syarikatnya akan melonjak naik kerana pembelian itu akan dibiayai melalui hutang," jelas beliau lagi.

Tiada ulasan: