HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Januari 2017

Gerakan: Kaji semula dasar sekolah agama bantuan kerajaan

 
Sekolah agama cenderung melahirkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis, kata Gerakan 


gerakan-laohochai


KUALA LUMPUR: Gerakan menggesa kerajaan mengkaji semula dasar-dasar sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan.

Menurut timbalan presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.

Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.

“Sekurang-kurangnya di sekolah Cina kita mempunyai 12% pelajar bukan Cina,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

“Dari analisa kami, didapati bahawa walaupun tidak semua pelajar mempunyai pandangan ekstremis, namun kecenderungan pemikiran ini masih ada.”

Beliau menegaskan tidak menyeru kepada pemansuhan sekolah agama.

“Kita perlu kembali kepada visi asal negara ini – sebuah negara sekular yang tidak mencampur-adukkan politik dan agama.

“Masalah seperti penukaran agama kanak-kanak secara sebelah pihak di negara ini berlaku kerana kita telah berganjak daripada visi asal iaitu sebagai sebuah negara sekular.”

Tiada ulasan: