HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Januari 2017

Jangan asyik nilai kestabilan ringgit, kata gabenor BNM

MALAYSIAKINI


Penganalisis dan pemerhati ekonomi tidak sepatutnya asyikmenilai tahap kestabilan ringgit, kata gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Katanya, ia bukan merupakan satu perkara yang betul dan produktif dilakukan.

"Penganalis dan pemerhati ekonomi telah memberikan beberapa pandangan. Ia seolah-olah mencadangkan bahawa ini ialah sasaran kita dalam memastikan kestabilan ekonomi. Ini adalah tidak tepat dan produktif,"
katanya ketika berucap di karnival kewangan anjuran bank pusat itu yang dihadiri oleh lebih 100 pembekal perkhidmatan kewangan.

"Sama ada ringgit berada di tahap baik atau tidak, biarlah permintaan dan penawaran pasaran menentukan. Kita tidak sepatutnya tertumpu pada mana-mana tahap tertentu," kata Muhammad kepada pemberita.

Menerusi langkah pada 2 Disember 2016, beliau berkata ringgit - yang menyusut 4.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat atau jatuh di bawah RM4.486 pada 2016 - telah menunjukkan tanda-tanda penstabilan.

"Ia akan mengambil masa beberapa bulan kerana penstabilan akan mengambil tiga hingga enam bulan sebelum ia boleh benar-benar menunjukkan hasil, tetapi keputusan awal menunjukkan ringgit telah sangat stabil," Muhammad menambah.

Tiada ulasan: