HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat

BERNAMA
 
 
Banjir masih belum surut di tiga negeri.Banjir masih belum surut di tiga negeri.


Jumlah mangsa banjir yang direkodkan di Kelantan dan Terengganu meningkat malam tadi manakala bilangan mangsa di Pitas, Sabah kekal seperti petang semalam.

Kini terdapat 16,904 mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri-negeri berkenaan berbanding 16,250 petang semalam.

Di Kelantan, 14,074 mangsa daripada 4,996 keluarga ditempatkan di 41 pusat pemindahan di lima jajahan setakat 9 malam tadi berbanding 13,496 daripada 4,823 keluarga pada 5 petang semalam.

Jumlah mangsa banjir paling ramai ialah di jajahan Pasir Mas iaitu 10,094 orang daripada 3,753 keluarga yang ditempatkan di 30 pusat pemindahan.

Di Terengganu, bilangan mangsa meningkat sedikit kepada 2,652 orang di 29 pusat pemindahan setakat 9 malam tadi berbanding 2,576 petang semalam.
Walaupun situasi di daerah seperti Besut, Setiu dan Hulu Terengganu yang sebelum ini terjejas teruk sudah semakin pulih, banjir di Kuala Terengganu bertambah buruk dengan bilangan mangsa meningkat kepada 783 orang daripada 191 keluarga malam tadi berbanding 401 daripada 99 keluarga petang semalam.
Di daerah Pitas, kira-kira 180km dari Kota Kinabalu, bilangan mangsa banjir kekal 178 orang daripada 49 keluarga di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom dan di SK Pekan 2 Pitas.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata tiga sekolah yang terjejas banjir ditutup hari ini, iaitu SK Kusilad, SK Sosop dan SK Dallas.

Tiada ulasan: