
SHAH ALAM: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz mempersoalkan mengapa
Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bertindak ke atas dirinya namun
menyaman media berhubung pendedahannya sebelum ini.
Kit Siang pada minggu lalu mengemukakan saman ke atas Utusan Malaysia
dan New Straits Times (NST) selepas dua akhbar itu menyiarkan pendedahan
Tunku Aziz.
Terdahulu Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot membabitkan Kit Siang
untuk menaikkan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, jika
pembangkang menang pilihan raya akan datang.
"Kenapa Kit Siang tak saman saya? Maknanya apa yang saya cakap itu benar," kata tunku Aziz.
"Saya takkan dedahkan perkara ini kalau sumber saya tidak boleh
dipercayai. Namun saya kena menjaga kerahsiaan sumber itu," ujarnya
lagi.
Kit siang sebelum ini dihambat kontroversi selepas Tunku Aziz
mendedahkan beliau berkomplot dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri, manakala
dirinya akan dilantik sebagai timbalannya, jika pembangkang menang
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Tunku Aziz juga mengulas ugutan saman daripada Mukhriz bersabit pendedahannya itu.
"Mukhriz jangan lupa cabaran saya. jika beliau mahu hentikan spekulasi,
buat satu SD (akuan bersumpah) menyatakan beliau tiada cadangan atau
cita-cita untuk jadi perdana menteri.
"SD merupakan satu langkah undang-undang yang boleh membuktikan dakwaan
saya tidak benar. tidak perlu buang duit untuk saman saya," tegas Tunku
Aziz.
Mukhriz sebelum ini memberi amaran kepada Tunku Aziz agar membuktikan
tuduhannya itu, jika bekas pemimpin DAP itu tidak mahu disaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan