HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Januari 2017

Kerajaan negeri patut bantu FAS, saran Khoo Kay Kim

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor disaran mengambil inisiatif untuk membantu pasukan bola sepak negeri itu demi memastikan kelangsungan mereka untuk beraksi pada Liga Malaysia, 21 Januari depan.
 
Pengkritik sukan tanah air Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, Selangor merupakan negeri terkaya dan mempunyai badan bukan kerajaan (GLC) yang boleh memberi bantuan daripada segi penajaan.
 
"Kalau ahli politik nak minta bantuan badan syarikat (GLC) bukan masalah, ada begitu banyak badan perniagaan yang sangat berjaya di Kuala Lumpur, mengapa Selangor tiada wang pula?
 
"Banyak syarikat yang mampu untuk membantu," katanya dalam satu temubual bersama Antarapos.
 
Selangor pada Disember lalu mengumumkan akan menarik diri musim depan jika gagal mendapat tajaan sejumlah RM15 juta sebelum sepak mula Liga Malaysia.
 
Tindakan itu terpaksa diambil susulan tiada sebarang petanda positif daripada kerajaan negeri bahawa akan ada sebarang bantuan kewangan kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
 
Keadaan itu jelas 'menekan' FAS yang perlu bekerja keras mendapatkan dana sendiri daripada pihak penaja dalam tempoh sebulan.
 
Malah Kay Kim berkata lagi, jika kerajaan negeri tidak memahami selok belok mengenai sukan bola sepak, adalah lebih baik 'mengupah' pihak yang boleh menguruskannya dengan baik.
 
"Kalau kerajaan negeri sendiri tak faham, pilihlah orang yang faham untuk membantu. Ahli politik sendiri mungkin tak faham sebab tak bermakna dia tahu tentang sukan," katanya.
 
Dalam pada itu tambahnya, tajaan yang diberikan kepada pasukan bola sepak Selangor hendaklah meletakkan satu penanda aras dalam menjaga kualiti pemain dan jurulatih secara amnya.
 
"Kalau nak memberi sumbangan semestinya ada syarat, kalau dalam tiga tahun tak berjaya bantuan (tajaan) itu akan dihentikan," ujar beliau.
 
 

Tiada ulasan: