HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Januari 2017

Kertas siasatan letupan bunga api diserah pada pendakwa

ANTARA.POS.COM

Post Pic
  
 
KLANG: Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes letupan bunga api sempena sambutan tahun baru di Kompleks Sukan Pandamaran kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad ketika duhubungi berkata selain keterangan mangsa letupan bunga api tersebut, kertas siasatan turut mengandungi keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK).
 
"Kertas siasatan mengenai kejadian tersebut telah pun dilengkapkan dan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dan kini polis hanya menunggu keputusan timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.
 
"Lima lelaki yang direman sebelum ini termasuk empat pegawai MPK berumur 30 hingga 40 tahun juga sudah dibebaskan dengan jaminan polis Ahad lepas," katanya.
 
Dalam insiden 12.05 tengah malam pada 1 Januari lepas, 12 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baru menuju ke arah penonton dan meletup.
 
Pertunjukan bunga api itu diadakan sempena Fiesta Gegar Klang 2016 anjuran MPK yang berlangsung dari 30 Dis sehingga 1 Januari di kompleks berkenaan.
 
Pihak polis mengesahkan pertunjukan bunga api itu dilakukan tanpa permit, malah tiada permohonan untuk mendapatkan permit dibuat oleh penganjur.
 
 

Tiada ulasan: