HALAMAN SANTAI

Jumaat, 13 Januari 2017

MARA, UniKL diarah tangguh tajaan tahun ini

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) diarahkan untuk menangguhkan sebarang bentuk penajaan pada tahun ini.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya penajaan dalam bentuk pendidikan dibenarkan manakala sebarang bentuk penajaan lain perlu dikaji terlebih dahulu.
 
"Untuk 2017 saya sudah arahkan UniKL dan Pelaburan MARA untuk tak berikan tajaan selain pendidikan.
 
"Kalau di UniKL hanya tajaan berkaitan pendidikan sahaja, itu saya benarkan," katanya 
 
Beliau sebelum itu menyerahkan surat tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada Aliyah Maisara Md Akhir di PPR Jalan Jelatik di sini hari ini.
 
Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam yang mendakwa Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa, telah menggunakan dana dua anak syarikat itu untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW) pada 2016.
 
Bagaimanapun, Annuar ketika membalas dakwaan itu menjelaskan, logo MARA 50 Tahun pada jersi TRW diberikan secara percuma kepada agensi berkenaan.
 
 

Tiada ulasan: