HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Januari 2017

Mukriz jadi PM : Mana buktinya, tanya PKR

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR menolak dakwaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa wujud pakatan sulit untuk menaikkan Datuk Seri Mukriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalannya jika pembangkang menang pilihan raya umum ke 14. 
 
Naib Presided PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin berkata dakwaan Tunku Aziz itu harus dilayan sebagai khabar angin sahaja kerana tidak ada bukti seperti dokumen berkaitan. 
 
Tunku Aziz sebelum ini mendakwa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad dan Kit Siang memeterai perjanjian sulit untuk menaikkan Mukriz dan penasihat DAP itu jika PRU 14 memihak kepada Pakatan Harapan- PPBM. 
  
"Pakatan sulit atau tidak, cuma Tunku Aziz saja yang tahu, kerana orang lain tak tahu. Jadi bagi saya itu sulit, dan kita pun tak tahu kesahihan kesulitan dan kerahsiaan itu," kata Dr Shaharuddin.   
 
"Perkara itu selagi tidak ada dokumen yang menyerlahkannya, ia masih lagi perkara yang 'hearsay', maknanya perkara khabar angin yang orang boleh ramalkan macam-macam," katanya.
 
PKR bersama DAP dan Amanah adalah parti komponen Pakatan Harapan yang mengikuat perjanjian kerjasama politik dengan PPBM untuk menghadapi PRU14. 
 
Shaharuddin menyamakan pendedahan Tunku Aziz itu dengan beberapa dakwaan sebelum ini mengenai  'pakatan sulit' antara parti-parti politik tertentu yang tidak bersandarkan sebarang bukti  jelas.   
 
"Dahulu pun orang mengatakan ada pakatan sulit DAP dengan PPBM, DAP dengan Umno. Ada juga mengatakan pakatan sulit PAS dan Umno. Macam-macam. 
 
"Pelbagai dakwaan pakatan sulit ini (tetapi), selagi tidak dibuktikan pendedahan menerusi dokumen yang rasmi atau apa saja dokumen atau laporan, bagi saya ianya masih khabar angin yang tidak boleh dipegang," kata beliau lagi. 
 
Semalam Tunku Aziz menyatakan kesediaan disaman jika pendedahan beliau berhubung perjanjian sulit itu tidak benar.
 
Tunku Aziz  turut mencabar Mukhriz dan Kit Siang agar membuat akuan bersumpah (SD) bahawa mereka tidak berminat menjawat dua jawatan itu. 
 
 

Tiada ulasan: