
JERTIH: Kejadian paip air utama pecah akibat banjir di Sungai Jertih di
sini, petang tadi, tidak akan menjejaskan bekalan air kepada pengguna
di Besut.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ir Atemin
Sulong, berkata paip air bersih bersaiz 900 milimiter (mm) di Loji Bukit
Bunga di sini, pecah akibat tiang penyokong paip di bahagian tengah
patah dirempuh balak yang dihanyutkan banjir.
Beliau berkata, kejadian itu tidak akan menjejaskan bekalan air kepada
penduduk di Besut dan pihaknya sudah menggunakan paip alternatif bersaiz
600mm bagi menyalurkan air ke kawasan bekalan.
"Kejadian ini tidak akan menyebabkan gangguan bekalan air, sebaliknya
pengguna mungkin akan berdepan masalah tekanan air sedikit rendah
berbanding biasa.
"Ketika ini sumber air yang disalurkan ke paip yang terjejas itu sudah dihentikan bagi mengelak pembaziran," katanya.
Beliau berkata, jika sekali pun tiada paip alternatif untuk membekalkan
air kepada pengguna, hanya sebahagian iaitu 25 peratus atau kira-kira
8,000 pengguna dari keseluruhan lebih 30,000 pengguna di Besut akan
mengalami gangguan bekalan.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan